Sunday, August 30, 2009

KELAS G-BLAST POWER !

KELAS G-BLAST MENDAPAT SAMBUTAN MENGGALAKKAN!
Ahli BNC HAA yang menghadiri
Sesi Kelas G-Blast



Persatuan HAA telah mengadakan Kelas G-Blast pada 29 OGOS 2009 di HQnya dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua kaum. Kebanyakan peserta terdiri daripada usahawan-usahawan kotej industri, usahawan internet dan usahawan homebased dimana mereka ingin mempertingkatkan lagi pengetahuan mengenai pemasaran. Antara yang menjadi masaalah dalam segi pemasaran untuk usahawan ini adalah modal yang besar, kurang ilmu pemasaran, takut melabur untuk pemasaran, overhead yang tinggi dengan pulangan modal yang kurang dan tiada respon oleh pengguna. Semuanya telah dapat dihuraikan oleh Mentor GUIS Uncle Zin yang telah dijemput untuk memberi penerangan yang unik tetapi hebat mengenai bagaimana seseorang usahawan boleh bertahan dalam usaha niaga mereka. Antara yang di tekankan ialah..

1) Konsep LUCK
-
Learn and understan the Correct Knowledge untuk berjaya dalam bisnes.Beliau menerangkan dalam perniagaan "pengalaman dari kegagalan" juga kunci kejayaan. Jadi bukan sahaja kita harus belajar dari orang yang telah berjaya bahkan kita juga harus belajar dari orang yang gagal. Dalam mengetahui 'The correct knowledge" kadang-kadang ianya tidak ada dimana-mana buku pun tetapi pada mereka-mereka yang mempunyai "formulanya sendiri" daripada pengalaman mereka baik yang gagal mahupun berjaya.

2) Tindakan yang anda boleh buat jika Overhead Tinggi dan Pulangan Rendah
-
Apabila anda menghadapi situasi demikian anda harus menilaikan kembali prestasi usaha-niaga anda dengan teliti kerana secara dasar dengan hanya mengurangkan overhead sahaja anda dapat meninggikan nilai keuntungan. Uncle Zin telah memberikan contoh-contoh yang menarik bagaimana kita dapat melakukannya.

3) PROSPEKTING
-
Mendapatkan Pelanggan adalah perkara yang terpenting untuk perniagaan kita tetapi bagaimanakah cara kita mendapatkan pelanggan yang setia dan percaya dengan kita. Uncle Zin telah menekankan betapa penting kita harus belajar "public speaking" dan ianya harus dilakukan dengan penuh keikhlasan dan untuk mendapatkan "aura keikhlasan" itu kita harus yakin pada produk atau perkhidmatan itu supaya orang yang mendengar terasa tertarik dan selanjutnya percaya dengan kita. Kita harus berniaga pada perkara yang kita suka atau "passion" bukan kerana potensi pendapatan sahaja. Apa yang penting setiap orang harus sedar perniagaan yang mereka lakukan bukan untuk dirinya sahaja tetapi matlamat perniagaan itu adalah membena jaringan atau BISNES FRANCAIS.

4) G-Blast
-
G-Blast digunakan sebagai alat pemasaran yang efektif dan murah keranan ianya PERCUMA. G-Blast adalah sofwe yang menggunakan platform internet & syarikat Telco yang boleh menghantar sms kepada pelanggan kita secara percuma. Ini boleh dilakukan kerana syarikat ini memberi 100 pts secara percuma untuk setiap penghantara. Uncle Zin juga menerangkan cara untuk mendapatkan kaedah yang sama daripada syarikat lain menerusi internet.
Banyak lagi Tips dan Rahsia yang telah diberi oleh Uncle Zin dimana kelas yang berlangsung 2 jam itu terasa begitu singkat sekali.
Syabas Uncle Zin dan diharap dapat mengadakan kelas yang sedemikian sekali lagi.
Jika Anda ingin mngikuti Aktiviti GUIS.
Gerakan Usahawan Internet Singapura sangat-sangat mengalukannya. Keahlian adalah PERCUMA! Jika ada pertanyaan sila hubungi saya pakmat492@yahoo.com.sg atau telepon 97737841

No comments: