Saturday, September 26, 2009

JANGAN TERPEDAYA DENGAN SLOGAN KERJA MUDAH PENDAPATAN LUMAYAN!

JANGAN TERPEDAYA DENGAN POTENSI PENDAPATAN SAHAJA!

Tidak ada teknik yang menjanjikan pendapatan lumayan itu atau pendapatan pasif dengan cara begitu mudah! Jadi janganlah anda terpedaya akan kata-kata slogan yang menyatakan Kerja mudah Pendapatan Lumayan! Saya boleh jamin ANDA AKAN KANTOI! Tetapi adakah Mustahil Untuk mendapatkan Pendapatan Lumayan atau Pendapatan Pasif! Jawapan saya ialah TIDAK MUSTAHIL! Apa yang penting ialah anda harus mengetahui apakah sabenarnya kaedah yang boleh mendapatkan pendapatan pasif bukan menjanjikan pendapatan pasif dan akhirnya ianya amatlah susah untuk anda mencapainya.

RISIKO, HAMBATAN & CABARAN

Apa yang penting ialah apabila anda ingin membena pendapatan pasif ini harus tahu akan risiko, hambatannya dan cabaran yang anda harus hadapi untuk mencapai impian anda. Ianya sangat penting kerana dengan mengenal pasti apakah faktor-faktor ini barulah anda harus mengetahui cara untuk menghadapinya.

Mempelajari daripada Orang yang dah berjaya

Untuk mendapatkan Ilmu yang betul sebaiknya anda harus mengkaji dan mempelajari teknik-teknik yang terbaik daripada mentor yang hebat atau setidaknya mendapatkan Ilmu-ilmu itu daripada buku-buku atau mengikuti kursus-kursus khas.

Harapan dan Aspirasi dengan Jiwa yang sama

Jika anda melakukan Pemasaran Jaringan dengan tekad "Main Gasak aje" atau "Tak kira Siapa! Yang penting Aku ada Prospek", saya boleh jamin bukan sahaja anda akan dilabelkan sebagai "tukang kelentong" bahkan jaringan anda akan mempunyai banyak masaalah bahkan anda secara tak langsung akan kehilangan sahabat handai! Jadi yang terbaik ialah dari mula lagi anda harus transperansi dan nyatakan niat anda "Kenapa anda buat Pemasaran Jaringan". Ini termasuk menerangkan strategi anda, perencanaan yang anda telah lakarkan dan akan lakukan dan akhir sekali Kenapa anda dapat memberikan kejayaan pada rakan niaga anda dan bukan semata-mata untuk anda sahaja. Biarlah ia benar-benar adalah "projek" bersama yang hanya boleh berjaya dengan partisipasi total.

Faktor Kejayaan

Orang yang berjaya dalam pemasaran Jaringan apabila ia merasa dengan sesungguhnya dan bukan kepura-puraan bahawa jaringan yang ingin dia bena ini adalah merupakan tanggung jawab yang paling berat yang harus dia pikul iaitu untuk merealisasikan impian jaringannya dengan memastikan Mereka-mereka ini serius akan usahaniga ini dengan

Membena semangat keukhwanan yang kental

Menjadi "Activated Leader"

Menjadi Contoh dan Berwibawa

Menjadi Pengurus yang baik

Tahu akan setiap usaha itu mesti ada pencapaian

Akhir sekali Merealisasikan Impian jaringannya.

Konsep yang berteraskan 100% Berjaya jika diizinkan Allah bukan biarlah 95% gagal dan untuk sedapkan hati kita, kita akan cakap mentaliti mereka kurang dan macam-macam alasan. Sedangkan pada mulanya anda tidak benar-benar menyatakan akan hambatan, rintangan dan semangat yang harus prospek anda ada untuk merealissasikan impiannya. Apa yang anda khabarkan hanya bermodalkan Potensi Pendapatan sahaja!

Untuk itu Jika anda ingin mengetahui Teknik yang baik untuk Membena jaringan anda dan kaedah yang memastikan jaringan anda mempunyai visi, misi dan aspirasi yang sama jangan lupa datang ke Ceramah "Membena Jaringan yang Kental & Utuh dalam Merealisasikan Impian Bersama" pada 30hb Sept 2009, Rabu di HQHAA jam 7:30mlm oleh Mentor HAA Uncle Zin.

Tempat terhad, hubungi saya dahulu 97737841 atau emel pakmat492@ yahoo.com.sg sebelum datang.

Lungsuri : http://www.haabnc.com/index.php?ref=amin

No comments: