Saturday, September 11, 2010

APA YANG AKU BELAJAR DARI CERITA IP MAN, THE LEGEND IS BORN..

Image and video hosting by TinyPic

Hari ini belum keluar jalan raya, sempatlah aku tengok DVD cerita IP Man yang dipinjamkan oleh kawan kerja aku. Power! ceritanya memang bagus kerana bukan 'action' kung funya yang 'best' saja, tapi ceritanya mengajar kita soal pengurbanan, tanggungjawab dan keyakinan harga diri, semuanya dikemas dalam cerita IP Man. Apalagi yang aku belajar dari IP Man 'The Legend Is Born'. Untuk menjadi Hebat, kita tidak harus mengikuti kaedah lama (old school) dan kita kena selalu mencari kaedah baru untuk berjaya (new school). Tetapi ingat yang penting adalah kita harus mempunyai asas ilmu yang kukuh mengenai bidang apa yang hendak kita ceburi. Jangan sekali kali kita berani untuk terjun botol. Kerana kalau botol plastik, tak pe juga..kalau botol kaca pecah, bocoh kepala kita mambang..he..he..Kadang2 pembaharuan pun tidak boleh terlalu agresif kerana ia juga akan membawa pertelingkahan jika persekitaran kita masih bertakuk pada fahaman lama. Oleh itu untuk perubahan diri, kita harus bertahap tahap untuk menyemaikannya. Sikit2 lama2 jadi bukit. So ada masa nanti aku nak 'burn' atau 'copy' DVD cerita IP Man. Kalau korang nak pinjam DVDnya boleh pm aku ok...bolehlah aku sewakan..he..he..

No comments: