Friday, December 11, 2009

BERCUTI DI BATAM - SWISS BEL HOTEL BATAM

SETELAH membaca rencana Melencong ke Batam lagi, aku teruja untuk pergi bercuti ke Batam. Bersama keluargaku dan mentorku, bukan untuk melencong tetapi bercuti dan bersantai menyambut harijadi mentorku yang ke..'alamak lupa pulak nak tanya umurnya'. Perjalanan kami ke Batam, alhamdulillah berjalan lancar. Kami menginap diSwiss Bel Hotel Batam. Seronok banget dan inilah pertama kali aku bercuti diBatam bersama keluargaku dan baru aku tahu Batam bukanlan tempat maksiat yang selalu kita gambarkan. Banyak lagi perkara yang menarik untuk kita dan keluarga kita dapat menafaatkannya bersama. Anda boleh cuba makan seafoodnya, sungguh yummy banget diNagoya dengan harganya yang murah. Pada malam hari kami makan ala seafood, sweet and sour dengan ikan bawal yang sungguh 'fresh', sotong dengan kuah sate. Aku pun dah pandai makan sop bakso, sedap banget. Tempat - tempat yang menarik diBatam seperti diNagoya Hill, Ramayana, Batam Centre, Matahari, Megamall dan DC Mall. Batam pun memang terkenal dengan harga yang murah diShopping Centrenya. Aku suka belanja diBatam atau Indonesia kerana aku sudah menjadi jutawan kerana matawangnya menggunakan jutaaan rupiah. Ok sekarang tengoklah beberapa keping gambar yang telah aku ambil diBatam. Akhir sekali Mentor ku pesan kepada peserta-peserta baru jangan lupa datang kekelas Yuk Buat Blog pada hari selasa ini 15hb Dis 09 jam 7.30 mlm di HAAHQ.

Bagi sesiapa yang ingin sertai kelas Yuk Buat Blog boleh buat pendaftaran segera kerana masih ada tempat kosong. Anda boleh hubungi saya ditalian 97737841 atau 97953416. Emel kepada pakmat492@yahoo.com.sg

No comments: