Saturday, November 28, 2009

APA YANG DAPAT AKU PELAJARI DI KELAS YOK BUAT BLOG?

Sungguh berbaloi kerana dengan tip-tip yang hebat hasil dari pengalaman Uncle Zin, mentor dan naib presiden2 HAA.Beliau sudah lebih 20 tahun sebagai usahawan dan 8 tahun sebagai usahawan siber maka pengalaman dalam mengikuti klas blognya amatlah bermenafaat dan berguna. Pembelajaran blog Uncle Zin mempunyai 6 sesi tetapi biarlah anda tahu 3 sesi yang pertama dijalankan dikelas Yok Buat Blog.

Sesi 1 : Pengenalan Blog -Teori!

Ada berapa jenis blog? Ciri-ciri blog yang efekif. Penampilan blog yang ada impak. Apakah konsep blog anda?

Aku dah tahu bagaimana nak membina perniagaan dengan produk berdasarkan niche market serta bagaimana nak memileh nama yang boleh membina status ranking dienjin pencari. Aku dah tahu bagaimana nak dapatkan blog content cara mudah dan bagaimana untuk translate atau terjemahan blog content kebahasa lain seperti Jepun, China, Bangladesh, Filipina dan lain-lain lagi supaya kita boleh kembangkan perniagaan kita kepasaran Global.

Kemudian aku dah tahu bagaimana nak menggunakan pemasaran Funnel yang berdasarkan mailing list dan prospekting melalui pemasaran emel.

Sesi 2. - Praktikal!

Disesi kedua adalah Sesi praktik kepada pembinaan blog kita setelah kita melakarkan konsep blog kita.

Sesi 3 - Grafik Yang Ada Impak!

Aku dah tahu bagaimana nak membuat Grafik yang impak .
Disesi inilah yang benar-benar memberikan kepuasan bagi para peserta kerana Uncle Zin akan memberi teknik mudah untuk membuat grafik yang cantik, menarik tapi mudah! Uncle Zin akan memberikan lelaman-lelaman yang menarik utnk membuat grafik antaranya:-
Lelaman saperti On-line grafik - Untuk Membuat Poster
Lelaman untuk membuat banner
Lelaman untuk membuat Poster yang menarik
Lelaman untuk membuat Logo
Lelaman untuk membuat Poster motivasi
Lelaman untuk membuat grafik-grafik yang kelakar seram dan lain2
Disesi ini dijamin para peserta akan merasa masa berjalan begitu cepat kerana banyak perkara yang mereka rasa mereka nak lakukan.


Create funny pictures with your photos on FunPhotoBox.com


Jadi Anda fikirkan sendiri akan kebaikannya untuk memasuki Kelas Bimbingan Uncle Zin. Jika anda rasa ianya sesuai untuk anda dan anda juga mempunyai impian untuk menjadi usahawan, jangan lupa untuk menalipon saya ditalian 97737841.

Sebelum ini saya pun ada belajar pemasaran internet ditempat lain. Saya rasa ilmu internet sudah mencukupi tetapi setelah menghadiri kelas Yok Buat Blog rupa-rupanya banyak lagi ilmu internet yang saya tidak tahu. Lagipun dengan harganya yang berpatutan memanglah memadai untuk keluarga yang berpendapatan rendah. Disini kami juga diajar dan dibimbing supaya setiap individu mesti mempunyai rasa tanggungjawab untuk mempromosikan masyarakat celik IT. Lagipun memang orang kita apabila diajak supaya belajar atau mempertingkatkan diri kita, kebanyakan orang melayu kita akan memberi berbagai alasan seperti 'saya tak ada masa', 'saya tak tahu internet', 'saya takut tekan butang komputer nanti meletup' dan berbagai lagi alasan. Tetapi telah terbukti bahawasanya pelajar kita yang bernama Saeemah Alwi dulu pun buta IT, tetapi sekarang dia sudah boleh mengajar rakan-rakannya seperti Cik Hameedah dan websitenya sekarang suda mempunyai lebih 600 contact. Ok tak ok tuan2 dan puan2?

Begitu juga Cik Fatiah dan Cik Hameedah dulu pun ada belajar internet bersama Ewen Chia tetapi kerana nak mendalami ilmu internet mereka tetap berasa puas hati dan suka membantu peserta lain yang lambat atau 'slow'.

Kebanyakan kursus blog yang dijalankan ditempat lain banyak menekankan kaedah praktikal mengenai bagaimana nak bena blog itu saperti ..

Bagaimana nak mendaftar Blog

Cara mendaftar

Cara pileh Tema

Cara masukkan photo dan Video

Cara nak tulis dalam blog dan sebagainya.

Walaupun ianya baik tetapi tanpa penekanan mengenai daya kreativitinya,daya emosinya, daya pembangunannya maka apabila orang yang telah diajar tadi akan lupa dan akhirnya dah belajar blog tetap jadi Goblok!

Sebab itu nilai-nilai pembangunan, nilai-nilai minat, nilai-nilai tujuan haruslah disemai kepada para peserta supaya datangnya minat yang berkobar-kobar untuk membena blog itu sendiri dan bukan "kerana ingin tahu" atau "hendakkan ilmu sahaja".

Ini kerana kita harus ambil iktibar bahawa jika 10 orang yang datang kursus kita dan hanya sedikit sahaja yang benar-benar buat blog adakah bimbingan itu berkesan! Olehitu ambil satu langkah kedepan jadikan semua peserta anda sebagai keluarga anda dan semaikan semangat kekeluargaan dimana mereka boleh meningkatkan diri mereka.

Jadi jika anda ingin berbakti pada masyarakat tanpa memikirkan keuntungan peribadi, sertailah HAA untuk membena masyarakat yang celik minda untuk membena MSI walaupun kurang modal atau tanpa modal! Kerana apa? Kami ada jalannya.

Jika anda berminat atau ingin berdaftar untuk sesi kelas YOK BUAT BLOG pada bulan Disember, sila isi borang dibawah ini:


Nama Anda:
Emel Anda:
Talipon anda:
Pertanyaan anda:

Put a website form like this on your site.

No comments: