Saturday, February 13, 2010

HANG TUAH ADAKAH PAHLAWAN CINA ATAU MELAYU?? MENURUT KAJIAN...

Image and video hosting by TinyPic

Kalaulah ini betul maknanya cerita Hang Tuah dah boleh buat Cerita macam Jet Li atau Jackie Chanlah sebab Hang Tuah menang kerana Kung Funya kuat! Sempena Hari Raya Cina ini korang bacalah sendiri.... (Tapi buat bacaan selingan bukan untuk berdebat ya!)

Pernah tak kita terpikir tentang keaslian cerita Hikayat Hang Tuah?..Benarkah Hang Tuah merupakan hero Melayu kita seperti yg terdapat dalam buku2 Sejarah Melayu..atau adakah beliau sebenarnya dari keturunan Cina yg datang ke Tanah Melayu bersama rombongan Puteri Hang Li Po di zaman Sultan Mansur Syah?...

ikuti hipotesis yg direncanakan di bawah ini..



Ramai di kalangan anggota masyarakat kita terutamanya orang-orang Melayu
menganggap Hang Tuah adalah legenda pahlawan Melayu. Pada hakikat sebenarnya
Hang Tuah bukanlah dari keturunan Melayu sebagaimana yang disangkakan.
Itulah yang bakal dihuraikan dalam artikel ini.

Selama ini orang-orang Melayu telah terkeliru atau mungkin tertipu dengan
kedudukan Hang Tuah sebagai legenda pahlawan Melayu yang dibangga-banggakan.
Hang Tuah sebenarnya telah diMelayukan untuk tujuan kemegahan semacam bentuk
yang tercatat pada Robin Hood.

Di dalam bilik-bilik darjah, dewan-dewan kuliah atau seminar bermotifkan
sejarah atau kajian sejarah hanya membincangkan tentang kepahlawanan,
kebijaksanaan serta kesetiaan Hang Tuah. Kisah Hang Tuah yang
diagung-agungkan ini telah menenggelamkan keadaan sebenar tentang asalketurunannya.
Di kalangan masyarakat Melayu dewasa ini telah timbul semacam keraguan tentang pahlawan mereka ini, apabila penghormatan kepada pahlawan mereka mula dipersendakan dengan reaksi-reaksi melampau seperti kelihatan dalam
filem Hang Tuah.
Keraguan terhadap kedudukan Hang Tuah sebagai pahlawan Melayu telah menghasilkan satu penyelidikan dijalankan terhadap asal usul keturunan secara hipotesis. Jika pepatah Melayu sendiri telah mengatakan 'bahasa jiwa bangsa' dan 'manusia mati meninggalkan nama' . Bagaimana pula kita hendak menafikan kenyataan 'nama menunjukkan bangsa'. Bahasa 'nama' merupakan
identifikasi yang cukup jelas untuk mengetahui jenis sesuatu bangsa itu. Bukti yang dapat menerangkan asal-usul Hang Tuah setakat ini, hanyalah dapat disandarkan pada namanya. Oleh itu satu kajian secara hipotesis telah dijalankan dengan bersandarkan kepada 'nama' manusia untuk memperolehi jawapan tentang asal-usul Hang Tuah sebenarnya.
Dalam perbendaharaan nama-nama orang Melayu semasa zaman kesultanan Melaayu Melaka, tiada terdapat nama-nama seumpama Hang Tuah, Hang Kasturi, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu, ringkasnya ringkasan yang bermula dengan 'Hang'. Sejarah juga telah mencatatkan nama-nama dari bangsa Cina yang bermula dengan Hang, Tan, Maa dan Lee. Ia bergantung kepada suku kaum atau
asal-usul keturunan mereka dari wilayah tertentu dari China. Kemungkinan untuk mendakwa bahawa gelaran 'Hang' telah dianugerahkan oleh Raja-Raja Melayu juga tiada asasnya. Mengikut kertas kerja yang dihasilkan oleh Mohd. Yunus Ibrahim dari Jabatan Sejarah UKM dengan tajuk 'Melaka 1400-1511 Dari Aspek Kemasyarakatan,' cuma menyatakan bahawa sesuatu penghormatan, ketaatan atau kedudukan adalah diberi gelaran seperti Bendahara, Paduka Raja, Temenggung, Laksamana, Shahbandar dan Mandulika. Mengikut buku 'Sejarah Melayu' edisi W.G. Shellabear penerbitan Malaya Publishing House Ltd. Singapore halaman 123-131, menyatakan tentang Tun Perpatih Putih, iaitu utusan Sultan Mansur Shah ke negeri China telah membawa balik bersamanya seramai 500 orang dayang serta Puteri Hang Li Po. Sultan Mansur Shah dikatakan telah berkahwin dengan puteri dari China ini
dan telah menghasilkan anak bernama Paduka Mamat. Perkara yang menarik dari edisi W.G. Shellabear ini ialah munculnya nama puteri Hang Li Po. Hasil perkahwinan 'campur' antara puteri Hang Li Po dengan Sultan Mansur Shah, telah dikurniakan seorang putera dan telah diberi
nama Paduka Mamat. Nama Paduka Mamat adalah nama Melayu dan tidak pula berlaku nama 'Paduka Hang Mamat' sebagai penghargaan kepada puteri Hang Li Po, contohnya. Sejarah telah membuktikan bahawa nama-nama dari keturunan Cina biasanya bermula dengan Hang, Tan, Maa dan Lee bergantung kepada suku
kaum mereka dan dari wilayah tertentu asal mereka. Jika dihubungkaitkan dengan nama Hang Tuah dari sebutan loghat Cina adalah berbunyi seperti Hang Too Ah. Nama Hang Jebat berbunyi Hang Jee Fatt, Hang Lekir pula seperti Hang Lee Ker, manakala Hang Lekiu seperti Hang Lee Kiew.
Mengikut prosedur tentang suku kata nama bangsa atau keturunan Cina, biasanya cuma terdiri dari 3 suku kata sahaja. Nama Hang Kasturi pula
diragui kerana 4 suku kata walaupun ia bermula dengan perkataan Hang. Perkataan Kasturi pula ada berbaurkan loghat bahasa Melayu. Terdapat 3 andaian hasil kajian secara hipotesis yang dijalankan.
Pertama : Hang Kasturi adalah berbangsa Melayu tetapi bergaul rapat dengan anak cucu dari rombongan puteri Hang Li Po.
Kedua : Nama sebenarnya ialah Kasturi tetapi telah digelar Hang Kasturi oleh
4 orang rakan karibnya yang berketurunan Cina sehingga menjadi sebutan yang
kekal.
Ketiga : Mungkin nama Cina sebenar Hang Kasturi sukar disebut oleh
masyarakat tempatan. Oleh itu mereka telah memberikannya nama baru mengikut
loghat orang Melayu tempatan dan nama ini telah diterima dengan baik oleh
beliau.
Perkara lain yang menarik ialah petikan kertas kerja Ong Hak Ching. Jabatan
Sejarah UKM ada mengatakan bahawa Sultan Mansur Shah telah memberikan tempat
kediaaman di Bukit Cina kepada puteri Hang Li Po serta 500 orang dayang-dayangnya. Anak-anak cucu mereka digelar 'biduanda Cina' juga
bermakna golongan yang dilindungi. Sama ada yang sudah memeluk Islam atau masih memeluk agama asal mereka.
Terdapat 3 andaian secara hipotesis mengenai hal ini.
Pertama : Tidak kesemua dari anggota rombongan puteri Hang Li Po yang memeluk agama Islam.
Kedua : Hang Too Ah, Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker, Hang Lee Kiew, adalah
keturunan dari rombongan puteri Hang Li Po.
Ketiga : Keempat-empat sahabat ini kemudiannya telah memeluk agama Islam
tetapi mengekalkan sebutan nama mengikut loghat bahasa Melayu atas
sebab-sebab tertentu, seperti Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir dan Hang
Lekiu.
Hal yang lebih lanjut mengenai Hang Kasturi. Telah timbul percanggahan
pendapat sejak dahulu lagi, sepertimana kajian secara hipotesis ini
meragukan tentang nama sebenar Hang Kasturi. Percanggahan pendapat ini
berlaku antara pengarang 'Sejarah Melayu' dan pengarang 'Hikayat Hang Tuah'
mengenai siapa sebenarnya telah menderhaka kepada Sultan Melaka. Pengarang
Sejarah Melayu menuduh Hang Kasturi manakala pengarang Hikayat Hang Tuah
Pula menuduh Hang Jebat.
Pertama :Tersirat sesuatu hal yang unik dan tersembunyi tentang kedua-dua
tokoh pahlawan ini sehingga tidak ada satu kata sepakat di kalangan kedua
pengarang serta pakar sejarah lampau.
Kedua : Pengarang 'Sejarah Melayu' telah menggunakan bahan dalam
penulisannya secara mengambil pendapat lisan dan tiada ada satu penyeledikan
terperinci, kerana ia menyentuh kisah-kisah yang terlalu luas serta hal-hal
yang menyeluruh.
Ketiga : Pengarang 'Hikayat Hang Tuah' adalah lebih formal kerana
menggunakan semacam bentuk kajian sehingga dapat menggariskan hal-hal
peribadi Hang Tuah secara lebih detail.
Hasil kajian secara hipotesis ini telah membuktikan pengarang Hikayat Hang
Tuah mempunyai banyak kelebihan dan penulisannya tentang hal Hang Jebat yang
telah menderhaka kepada Sultan, adalah diterima mengikut hukum asal.Rumusan daripada kajian yang dijalankan telah menghasilkan penemuan baru yang melibatkan kedudukan Hang Tuah sebagai legenda pahlawan Melayu. Mengikut
kajian hipotesis ini, Hang Tuah merupakan pahlawan yang telah diMelayukan demi untuk kemegahan atau simbol kepada orang-orang Melayu. Kita lihat bagaimana hipotesis ini menerangkan asal-usul Hang Tuah. Hang Tuah adalah anak cucu kepada keturunan rombongan puteri Hang Li Po yang datang ketika pemerintahan Sultan Mansur Shah. Nama sebenar Hang Tuah ialah Hang Too Ah. Tetapi bertukar kepada nama sebutan Hang Tuah apabila pahlawan ini memeluk agama Islam dan berkhidmat kepada Sultan Melaka.PengIslaman Hang Tuah telah mempengaruhi 3 orang rakan karibnya iaitu Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker dan Hang Lee Kiew. Keempat-empat sahabat baik ini juga bergaul rapat dengan Kasturi, iaitu rakan sebaya mereka yang berbangsa Melayu. Mereka juga menggelar Kasturi dengan gelaran Hang Kasturi sebagai tanda satu persahabatan yang abadi. Kelima-lima sahabat ini mula masyhur di kalangan istana apabila mereka menyelamatkan Bendahara dari serangan orang mengamuk. Mereka berlima kemudiannya memeluk agama Islam. Nama-nama mereka mengikut loghat Melayu telah tersebar dengan cepat dan meluas samada di kalangan istana atau orang-orang Melaka ketika itu termasuk nama Hang Kasturi.
Tiada bantahan yang pernah dibuat ketika itu kerana masyarakat Melayu zaman itu telahpun menganggap anak cucu dari rombongan puteri Hang Li Po sama seperti saudara Melayu mereka. Demikianlah serba ringkas kisah Hang Tuah
yang berasal daripada keturunan puteri Hang Li Po dari kajian hipotesis ini. Berdasarkan hipotesis ini juga bererti orang-orang Melayu telah kehilangan seorang pahlawan lagenda yang selama ini mereka bangga-banggakan. Walaupun
demikian orang-orang Melayu telah terselamat daripada tuduhan menderhaka kepada Sultan. Hang Jebat atau nama asalnya Hang Jee Fatt yang telah menderhaka kepada Sultan bukanlah daripada keturunan orang Melayu Jati !!!!!!

Ya atau Tidak? Lu Pikir Sendiri! Tapi yang penting kalau betul-betul nak Majukan Melayu korang kena buka minda korang! Melayu tak akan Hilang diDunia tetapi Melayu makin lama hilang kekuasaannya. So nak bangkit kena tambah Ilmu, Kena Naikkan Taraf Kehidupan kita! Soalnya Anda harus buat pilehan! Dan Pilehan Anda akan merubah nasib Orang Melayu! Satu Pilehan yang betul Belajar IM dan jadikan dia Platform Perniagaan Anda. Tak Tahu Tanya pada Mentor saya ditalian 97953416 atau saya ditalian 97737841. Kami sentiasa ingin membantu Anda! Ok tak ok..

No comments: