Sunday, October 4, 2009

GUNAKAN PLATFORM MAJLIS HI-TEA UNTUK KEMBANGKAN BISNES ANDA

Salah satu aktiviti yang menarik dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari ahli HAA maupun masyarakat umum ialah Sesi Perkongsian di Majlis Hi-Tea HAA. Pada setiap dua kali sebulan kami akan mengenal pasti usahawan yang mempunyai restoren atau kedai makan dimana akan kami memberi peluang untuk mereka memperkenalkan bisnes mereka kepada masyarakat umum. Dengan mengikuti HAABNC dan menganjurkan aktiviti yang memberi kemenafaatan kepada ahli HAA dan masyarakat umum umpamanya Restoren Istanbul Kg Melayu Geylang. Kami telah mengadakan satu usahasama menganjurkan sesi perkongsian dan Demonstrasi dientiti tersebut.
Apa yang menarik dalam sesi ini ialah banyak keberuntungan yang akan diperolehi oleh ahli HAA dan masyarakat umum kerana aktiviti yang hebat umpamanya:-
1) Perkongsian dari usahawan yang berjaya untuk menjadi aspirasi ahli HAA
2) Bimbingan percuma yang akan ditawarkan untuk usahawan baru
3) Demonstrasi produk dan Ceramah Kesihatan yang dipersembahkan
4) Penjualan Lelongan bermula
dari $1sahaja untuk produk-produk yang berjenama.
5) Motivasi & Selingan
6) Cabutan Hadiah Bertuah
7) Networking dengan usahawan-usahawan
9) Penawaran Perkhidmatan secara peribadi
10) Membesarkan Jaringan Ahli HAA
Seramai lebih kurang 40 ahli HAA telah menghadiri sesi hi-tea tersebut dan telah memberikan banyak maklum balas yang baik untuk mempertingkatkan lagi Majlis Hi-Tea ini termasuk:-
1) Mengadakan Bazaaar Usahawan secara kecilan untuk pelancaran Produk mereka
2) Mengadakan Sesi Bertemu dengan Celebrity yang mempunyai Tanggung jawab Sosial
3) Memberikan lebih ramai lagi peluang pembelajaran untuk ahli HAA saperti:-
a) Internet Marketing
b) Speaker Club
c) Teknik Pemasaran yang efektif dll
Semua cadangan dan usulan akan difikirkan dan akan dilakukan mengikut kehendak ahli.
Walaupun salah satu tujuan HAABNC ialah untuk mengembangkan Platform Bisnes Pengiklanan dan menjana pendapatan yang boleh mendapatkan pulangan yang hebat bukan bermakna ianya adalah CIRI YANG UTAMA. Yang paling penting ialah bagaimana usahasama usahawan dan bakal usahawan itu dapat disynergikan dan membantu antara satu dengan lain, samentara menggunakan platform on-line sebagai batu loncatan untuk mereka mendapatkan ganjaran yang boleh membantu bisnes mereka.
Pada saya jangan jadikan halangan pemikiran yang sempit sebagai alasan untuk anda
merealisasikan impian anda tetapi jadikan intipati sifat bantu-membantu, membimbing dan mencapai aspirasi bersama untuk maju.
Saya sangat terharu apabila saya mendengar kekata dari mulut seorang usahawan yang kami bantu secara tak langsung dengan aktiviti kami. Kata beliau " Kedatangan Anda semua disini saperti dianugerah tuhan, kerana selama ini saya berdoa untuk sesuatu yang dapat membantu bisnes saya tanpa mengeluarkan belanja yang banyak untuk pemasaran. Dengan adanya aktiviti HAA ia dapat memperkenalkan bisnes saya pada orang lain bahkan saya dapat ramai kawan-kawan dari HAA yang menjadi pelanggan tetap saya! Itu pasal saya ikhlas untuk meneruskan aktiviti ini dengan menawarkan kursus percuma untuk ahli HAA dengan kepakaran yang saya ada". Jika anda ingin bertemu dengan beliau dan mengikuti kursus beliau secara percuma hubungi lah saya ditalian +65 97737841
.

KONSEP HAA YANG BERTERASKAN MEMBANTU:
M membantu diri sendiri untuk maju
E Entrepreneurship atau Keusahawanan dengan mempelajarinya
M membantu Orang lain untuk mencapai aspirasi mereka
B Buat sama-sama dengan melakukan yang terbaik
A Aktif dengan Ikhlas, Semangat & Dedikasi
N Nak buat mesti ada Passion & Suka (Love with Passion)
T Tentukan Impian Orang yang disayangi direalisasikan
U Untuk mencapai Impian dan Kejayaan bersama
Jika Anda benar-benar mempunyai keazaman dan keyakinan untuk membantu, inilah masanya anda dapat memberikan sapenuh komitmen anda pada niat yang suci ini bersama kami! Sertailah HAA untuk membena Masyarakat yang Cemerlang!



No comments: