Saturday, October 17, 2009

SESI PERTAMA. YOK BELAJAR BLOG! PUAS HATI!

Sesi Pertama : Yok Belajar Blog!

Alhamdulillah Sesi pertama Yok Belajar Blog! telah dimenafaatkan oleh 10 orang usahawan dan bakal usahawan yang mana ianya dijalankan dengan suasana santai dan kekeluargaan.
Peserta digalakkan berkongsi pengalaman dan rahsia kegagalan atau kejayaan yang dapat memberikan satu inspirasi yang boleh dijadikan pedoman dalam pembinaan Blog itu.
Uncle Zin telah menerangkan tentang Ciri-ciri penting dalam pembenaan Blog tetapi yang lebih penting adalah persediaan sabelum membena Blog itu adalah kunci kejayaan!
Antara yang diperbincangkan ialah:-
1) Bagaimana nak dapat Blog Content yang hebat
2) Apakah Kaedah Penggunaan Direktori yang baik untuk membena Blog
3) Cara dapatkan Grafik yang baik mengikut topik penulisan dan kenapa perlu
4) Mengapa perlu kita menghasilkan Jenama "kita" dan bagaimana nak tarik Niche Marketnya
5) Bagaimana kita boleh menggunakan sofwer ketiga untuk menembusi pasaran dunia
6) Pendaftaran Blog dan memileh Theme.
Dalam Sesi yang pertama banyak teori dan perbincangan tanpa banyak praktikal tetapi peserta merasa puas kerana ianya membuka mata mereka bahawa pembenaan blog bukanlah bererti mendaftar dan menulis. Sebagai Usahawan kita harus tahu lebih dari itu. Strategi, Perencanaan, Pengisian dan Promosi memainkan peranan yang amat penting dalam pembenaan Blog. Walaubagaimanapun HAA mengucapkan syabas kepada semua peserta yang telah "Breaking Your Personal Best" untuk keluar dari kepompong "Aku Tak Nak Tahu" jadi "Semua Aku Nak Tahu!" Jumpa lagi kesesi kedua!
Untuk yang belum mendaftar untuk Kelas Bimbingan ini pada bulan November baik Daftar sekarang kerana hanya 3 tempat sahaja yang kosong!
Betapa Seriusnya Kakak-kakak kita belajar Blog!
Sila klik dibawah link untuk melihat testimoni dari salah satu pelajar
YOK BELAJAR BLOG!

>SILA KLIK DISINI! <

No comments: