Saturday, October 24, 2009

KAUM IBU YANG LEBIH RAMAI DARI KAUM BAPA DIKELAS YOK BELAJAR BLOG!

BERKONGSI PANDANGAN DALAM KELAS BLOG

Uncle Zin

Salah satu ciri yang saya sangat kagum dalam kelas blog

ini ialah semangat yang ditunjukkan oleh kaum ibu dikelasnya. Walaupun ada diantara mereka ini yang buta IT tetapi oleh kerana mereka minat maka perjalanan kelas ini berjalan dengan lancar. Ini kerana mentornya tak menggunakan bahasa "jargon" dan setiap diskusi itu mendapat maklum balas yang baik. Yang "bestnya" ada yang mempunyai idea-idea yang kreatif yang boleh membena usahaniga mereka. Contohnya bila dikatakan Nama usahaniaga diInternet adalah amat penting kerana nama ini akan bersaing dengan nama-nama lain jadi mereka harus namakan alamat nama internet itu kepada nama yang unik, dinamik & kreatif. Saya tak sangka bila diuji dalam kata pencarian memang sebahagian dari kita telah mencipta nama yang boleh dijadikan nama top 10! Syabas! Jika boleh diperbaiki adalah lebih baik kelas yang mempunyai 15 peserta ini diserikan dengan kehadirian kaum bapa pula kerana dari 15 orang hanya 4 sahaja kaum bapa.

Saya juga sangat berterima kasih kepada peserta yang telah membantu saya untuk memastikan peserta lain tidak ketinggalan. Sikap bantu membantu ini adalah yang saya harapkan dan ianya akan memberi satu platform pembelajaran yang tidak membosankan.

Harapan Mentor untuk sesi ketiga harap apa yang dia suruh dapatlah dikerjakan sebelum kesesi dijalankan:-

1) Mengiklankan 5 jenis iklan yang mempunyai subjek yang lain tetapi menggunakan produk yang sama diPlatform Pengiklanan HAABNC dengan menggunakan link semula ke blog anda.

2) Memasuki 2 jenis platform internet yang mempunyai Group sendiri dan menjadi ahli. Namakan group itu semasa dikelas dan berapa jumlah ahli digroup tersebut?

3) Memasuki 2 jenis Forum yang berkait dengan usahaniaga anda dan menjadi ahlinya. Namakan Forum tersebut.

4) Mendaftar ke Iklan Percuma dan link semula keBlog Anda. Namakan Platform Iklan tersebut.

Saya harap semua peserta dapat melakukannya kerana sesiapa yang dapat melakukannya, peserta yang terbaik akan menerima e-book "Macam mana nak buat duit dengan e-book". (83 m.s. yang sangat baik untuk anda baca dan menjadi pedoman untuk usahaniga dimasa depan!)

Sesi Pertama untuk kumpulan 2 akan diadakah pada hari Jumaat ini 30hb Okt. Jam 7:30mlm - 10:00mlm. Tempat sangat terhad jadi untuk ahli HAABNC yang ingin belajar blog cepat dapatkan tempat. Hubungi Uncle Zin, Rela ataupun saya ditalian : 97737841.

Emel kepada pakmat492@yahoo.com.g

No comments: