Monday, October 19, 2009

SEMUAN...Go BLOG!

CARA UNCLE ZIN (MENTOR GUIS)
Kebanyakan kursus blog yang dijalankan banyak menekankan kaedah praktikal mengenai bagaimana nak bena blog itu saperti ..
Bagaimana nak mendaftar Blog
Cara mendaftar
Cara pileh Tema
Cara masukkan photo dan Video
Cara nak tulis dalam blog dan sebagainya.
Walaupun ianya baik tetapi tanpa penekanan mengenai daya kreativitinya,daya emosinya, daya pembangunannya maka apabila orang yang telah diajar tadi akan lupa dan akhirnya dah belajar blog tetap jadi Goblok!
Sebab itu nilai-nilai pembangunan, nilai-nilai minat, nilai-nilai tujuan haruslah disemai kepada para peserta supaya datangnya minat yang berkobar-kobar untuk membena blog itu sendiri dan bukan "kerana ingin tahu" atau "hendakkan ilmu sahaja".
Ini kerana kita harus ambil iktibar bahawa jika 10 orang yang datang kursus kita dan hanya sedikit sahaja yang benar-benar buat blog adakah bimbingan itu berkesan! Olehitu ambil satu langkah kedepan jadikan semua peserta anda sebagai keluarga anda dan semaikan semangat kekeluargaan dimana mereka boleh meningkatkan diri mereka.
BAGAIMANA?
Untuk saya saya hanya perlu 10 orang yang pertama untuk mengikuti kursus saya dan saya akan mengajar mereka saperti saya mengajar anak saya atau abang saya untuk berjaya. Yang penting Rasa tanggung jawab ini saya semaikan pada mereka untuk mengajar 10 orang lain! Setiap langkah haruslah dijalankan dengan sabar, sungguh dan sacrifice (Sebab memang tak dapat duit banyak)! Apabila dah datangnya minat dan kesungguhan saya rasa mereka-mereka ini barulah berani untuk membuang duit kekursus-kursus yang lebih canggih saperti Internet Marketing ke? Virtual Specialist ke? Itulah tujuan saya iaitu jangan nafikan orang yang tak kemampuan untuk berjaya! Bantu dan pimpin mereka kearah kejayaan dan akhirnya insyaallah mereka juga boleh berjaya! Yang penting ialah BAGI KEPADA SIAPA YANG MAHU!
Jadi jika anda ingin berbakti pada masyarakat tanpa memikirkan keuntungan peribadi, sertailah GUIS untuk membena masyarakat yang celik minda untuk membena MSI walaupun kurang modal atau tanpa modal! Kerana apa? kami ada jalannya.
Sila talipon : 97737841, 97953416 dan 97827708.

No comments: